Penggunaan bahasa yang baik amat penting dalam penulisan.Dengan menggunakan bahasa yang baik,pembaca dapat memahami ayat-ayat yang anda tuliskan serta mengetahui mesej yang ingin disampaikan.Bahasa yang baik ialah bahasa yang jelas,iaitu menggunakan
ayat yang ringkas dan
pemilihan kata yang mudah tetapi tepat.Antara perkara yang perlu anda perhatikan semasa membina dan menulis ayat adalah :
a) sistem ejaan
b) tatabahasa
c) perbendaharaan kata
d) tanda baca
Anda juga dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan struktur binaan ayat bahasa Inggeris.Biasakan menulis ayat-ayat mengikut hukum tatabahasa Melayu dan membuat rujukan melalui Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan.Dengan itu, anda mempunyai panduan untuk berbahasa dengan betul
No comments:
Post a Comment