Apakah KSSR?
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR)
diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia
ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad
ke-21.Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid
terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.
Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR
menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca,
Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR
adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia
dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira)
Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap
Satu?
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di
samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.
Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras
Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan
pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema
bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.
Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan
waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh
guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan
didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif
dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama,
muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan
KSSR?
KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru
terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh
mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di
nombor telefon 03-88842283.
S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid
dalam P&P?
J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan
murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah
merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk
membantu pelaksanaan P&P.
S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar
sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan.
No comments:
Post a Comment