Fikirkan! Apakah kesalahan tatabahasa yang anda kenal pasti dalam (X)
1.
Para hadirin
sekalian { X }
2.
Hadirin yang
budiman { √ }
3.
Hadirin yang
dihormati { √ }
4.
Saudara
saudari sekalian { X }
5.
Tuan-tuan dan
puan-puan { √ }
6.
Para hadirin
yang dihormati { √ }
7.
Saudara
saudari yang budiman { √ }
8. Tuan-tuan
dan puan-puan sekalian { X }
9.
Keluar dari
pejabat saya! { √ }
10.
Sila jangan merokok di sini. { X }
11. Tolong jangan pijak rumput. { X }
12. Apakah benar ceritamu itu? { X }
13. Ya Allah, ampunilah dosaku. { √ }
14. Jemput datang ke rumah saya.
{ X }
15. Halim melaporkan dari New Delhi. { X }
16. Adakah mungkin peristiwa itu terjadi? { √ }
Penggunaan Kata yang Tidak Tepat
1.
Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi
berlainan maknanya.
2.
Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika
menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan
ini.
Adakah
dan Apakah
i.
Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
ii.
Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang,benda,
keterangan tentang sesuatu, dan untuk menanyakansesuatu yang tidak
khusus.
iii.
Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada
tempat adakah.
Salah
(a)
*Apakah benar ceritamu itu?
(b)
*Apakah Ali datang semalam?
(c)
*Apakah kamu bermimpi?
Betul
(a)
Adakah benar ceritamu itu?
(b)
Adakah Ali datang semalam?
(c)
Adakah kamu bermimpi?
No comments:
Post a Comment