"BIASAKAN YANG BETUL , BETULKAN YANG BIASA"

Gambar

Untuk gambar bersiri seperti di atas,pastikan anda menulis aktiviti untuk setiap gambar yang ditunjukkan.Jangan abaikan walaupun satu gambar.Gambar pertama mengandungi dua aktiviti.Anda boleh membina 2 ayat melalui gambar pertama.
Catatkan 5 aktiviti yang anda dapat lihat dalam gambar.Bina 5 ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti yang telah anda catatkan.
Pastikan anda menggunakan perkataan yang sesuai untuk menerangkan aktiviti di atas seperti "menebar roti canai" dan "menatang dulang minuman"
Bagi situasi seperti gambar di atas,pastikan anda menggunakan perkataan seperti,"mengalungkan pingat","berdiri di atas podium","berlari pantas ke garisan penamat","mengambil masa larian",dan "menaikkan bendera".

4 comments:

  1. Perhatikan aktiviti.(menyiram pokok)

    Hafiz menyiram pokok bunga supaya pokok bunga segar dan hidup subur.

    Bina peluasan ayat supaya dapat membina ayat majmuk.

    ReplyDelete
  2. Cikgu boleh juga menggunakan kata tanya untuk memperluas ayatsupaya ayat tersebut lebih gramatis.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk menghasilkan blog yang menarik.

    ReplyDelete