Sebelum Mengarang
a) Baca ketiga-tiga soalan yang diberi dan gariskan kunci soalan. Fikirkan :
>jenis karangan yang perlu anda tulis.
>4 isi utama karangan.
>laras bahasa yang perlu digunakan.
-Peruntukkan masa antara 3 hingga 5 minit untuk memikirkan kehendak soalan.
b) Pilih soalan yang anda rasakan paling yakin untuk anda menjawab dengan baik.(anda mempunyai pengetahuan tentang tajuk tersebut,anda faham kehendak soalan dan anda mampu membuat huraian untuk isi utama).
c) Fokuskan pemikiran anda kepada kunci soalan.(Contoh: gambarkan/ceritakan/bincangkan/tulis ucapan/tulis laporan dan sebagainya).Gariskan perkataan-perkataan tersebut.
Friday, December 21, 2012
Tuesday, December 11, 2012
Takdirmu.......bahasaku
Takdirmu.......bahasaku
Sejarahmu....ribuan tahun berlalu
Lingua Franca gelaran perananmu
Penyatu aneka bangsa penghuni di Melaka
Ditutur pedagang tak kira bangsa.
Bahasaku.....
Lahir tokoh ilmuwan pendokong watakmu
Gahnya Nusantara
Menjana kegemilangan Tamadun Melayu
Siapa kata bahasaku bukan bahasa ilmu????
Setinggi darjatmu,diangkat di persada Perlembagaan negaraku
Bahasa rasmi,bahasa kebangsaan panggilan keramatmu
Ampuh dan teguh selaku pemersatu
Etnik dan bangsa hidup berpadu.
Takdirmu bahasaku........
Diangkat di singgahsana namun hidup melata
Di sisi penutur-penutur egois yang tidak setia
Tanpa tatabahasa,cetek dan dangkal akal bicara
Tak punya identiti untuk dikenal bangsa.
Di mana lagi nak kuadu sengsara nasibmu bahasa????
Pada tangan-tangan rakus,boneka jajahan minda???
Menyakitkan......hati,jiwa....melolong raungan sukma
Semoga esok takdirmu berubah,bahasaku......
Seiring doa penutur-penutur setia
Walau bayangnya kabur...harapan masih belum berkubur.
Nukilan : Semarak Jiwa Dis2012
Sejarahmu....ribuan tahun berlalu
Lingua Franca gelaran perananmu
Penyatu aneka bangsa penghuni di Melaka
Ditutur pedagang tak kira bangsa.
Bahasaku.....
Lahir tokoh ilmuwan pendokong watakmu
Gahnya Nusantara
Menjana kegemilangan Tamadun Melayu
Siapa kata bahasaku bukan bahasa ilmu????
Setinggi darjatmu,diangkat di persada Perlembagaan negaraku
Bahasa rasmi,bahasa kebangsaan panggilan keramatmu
Ampuh dan teguh selaku pemersatu
Etnik dan bangsa hidup berpadu.
Takdirmu bahasaku........
Diangkat di singgahsana namun hidup melata
Di sisi penutur-penutur egois yang tidak setia
Tanpa tatabahasa,cetek dan dangkal akal bicara
Tak punya identiti untuk dikenal bangsa.
Di mana lagi nak kuadu sengsara nasibmu bahasa????
Pada tangan-tangan rakus,boneka jajahan minda???
Menyakitkan......hati,jiwa....melolong raungan sukma
Semoga esok takdirmu berubah,bahasaku......
Seiring doa penutur-penutur setia
Walau bayangnya kabur...harapan masih belum berkubur.
Nukilan : Semarak Jiwa Dis2012
Monday, December 10, 2012
Bahasa dalam penulisan
Penggunaan bahasa yang baik amat penting dalam penulisan.Dengan menggunakan bahasa yang baik,pembaca dapat memahami ayat-ayat yang anda tuliskan serta mengetahui mesej yang ingin disampaikan.Bahasa yang baik ialah bahasa yang jelas,iaitu menggunakan ayat yang ringkas dan pemilihan kata yang mudah tetapi tepat.Antara perkara yang perlu anda perhatikan semasa membina dan menulis ayat adalah :
a) sistem ejaan
b) tatabahasa
c) perbendaharaan kata
d) tanda baca
Anda juga dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan struktur binaan ayat bahasa Inggeris.Biasakan menulis ayat-ayat mengikut hukum tatabahasa Melayu dan membuat rujukan melalui Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan.Dengan itu, anda mempunyai panduan untuk berbahasa dengan betul
Jawapan dicadangkan.
1. Puan Sarah melangkah keluar dari lif sambil mendukung anaknya.
2 .Encik Rahman melihat jam pada pergelangan tangan kirinya sambil membimbit beg .
3 .Dua orang budak perempuan membaca buku di hadapan pintu lif.
4 .Adik membongkok untuk mengambil dompetnya yang terjatuh di atas lantai.
5. Mooi Ling memasukkan sebuah buku ke dalam beg yang disandangnya.
Thursday, December 6, 2012
Kesalahan tatabahasa dalam pengucapan awam.
UNSUR-UNSUR
LEWAH DALAM BAHASA MELAYU
Yang berikut adalah
antara frasa bahasa Melayu yang sering kali diungkapkan secara salah oleh
pengguna bahasa Melayu domestik waima disedari atau tidak. Antaranya
termasuklah:
1. Selain
daripada itu, … selain itu
2. Kebanyakan
pendengar-pendengar Radio Era … kebanyakan pendengar Radio Era
3. Antara prasarana kemudahan yang disediakan termasuklah … Antara prasarana yang disediakan termasuklah
4. Demi untuk negara tercinta, … Demi negara tercinta
5. Semua pengguna perlu membaca terma dan syarat … Pengguna perlu membaca terma dan syarat
6. Semua guru-guru diminta … Semua guru diminta
7. Ada murid-murid yang … Ada murid yang
8. Antara masalah-masalah yang … Antara masalah yang
9. Marcapada ini, isu kekurangan …
10. Salah satu daripada faktor kemerosotan …
11. Pada masa kini, …
12. Penumpang bas ekspres saling tolak-menolak …
13. Ahli saintis tempatan …
14. Sejak kebelakangan ini, …
3. Antara prasarana kemudahan yang disediakan termasuklah … Antara prasarana yang disediakan termasuklah
4. Demi untuk negara tercinta, … Demi negara tercinta
5. Semua pengguna perlu membaca terma dan syarat … Pengguna perlu membaca terma dan syarat
6. Semua guru-guru diminta … Semua guru diminta
7. Ada murid-murid yang … Ada murid yang
8. Antara masalah-masalah yang … Antara masalah yang
9. Marcapada ini, isu kekurangan …
10. Salah satu daripada faktor kemerosotan …
11. Pada masa kini, …
12. Penumpang bas ekspres saling tolak-menolak …
13. Ahli saintis tempatan …
14. Sejak kebelakangan ini, …
15. Para-para
ibu bapa hendaklah …
Kesalahan-kesalahan frasa di atas sering dilakukan terutama ketika sesi ucapan oleh guru-guru,pihak pentadbir,orang awam dan akan menjadi teladan kepada para pelajar.Kesalahan frasa ini akan diikuti pula oleh para pelajar sama ada semasa berkomunikasi atau penulisan karangan.Maka,lahirlah pengucapan dan penulisan ayat bahasa Melayu yang tidak gramatis seterusnya ditolak oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Wajarkah kita sebagai penutur bahasa Melayu yang berbangsa Melayu memejamkan mata??????
Wednesday, December 5, 2012
Renungkan bersama.......
"Aku dengar,bangsa-bangsa yang besar di dunia ini mereka memiliki kepandaian membaca dan menulis dan memelihara bahasanya.Umpamanya seperti Arab,Inggeris,Cina dan Hindu.Mereka sentiasa memelihara dan memuliakan bahasanya.Bahasa itu ditambah dan diluaskan,dibaiki dan dihaluskan sehingga hari ini.Sesungguhnya bahasa itu menjadikan manusia berakal dan sentiasa menambah kepandaian dan ilmunya dan dapat membuat semua kerjanya serta membaiki dirinya dan boleh mengajar orang lain pula.Bahasa itu dijadikan Allah sebagai jalan untuk membuka rahsia hati manusia.Sesuatu bangsa yang besar,besarlah bahasanya.Semua perkara yang di dunia dan di akhirat,terbit daripada bahasa.Menjalankan segala kerja,memberi nama tiap-tiap sesuatu,mencari kehidupan dan mendapatkan kekayaan dan kemuliaan,semuanya menggunakan bahasa.Kebesaran bagi manusia juga daripada bahasa.Bahasa itu amat besar gunanya bagi manusia di dunia dan di akhirat.Patutkah engkau tidak endahkannya?"
Petikan daripada HIKAYAT ABDULLAH /Hamzah Hamdani-diterbitkan oleh PTS Fortuna,2007
Petikan daripada HIKAYAT ABDULLAH /Hamzah Hamdani-diterbitkan oleh PTS Fortuna,2007
Peranan Bahasa Untuk Bangsa
Bahasa Cerminan Identiti,
Ilmu Bangsa - Dr. M
PUTRAJAYA 29 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamed berkata, bahasa bukan sahaja mampu memainkan peranan untuk
mengenal pasti identiti sesuatu bangsa tetapi menjadikan sesuatu bangsa itu terpelajar.
Beliau berkata, sejarah telah membuktikan
bagaimana sesebuah tamadun itu berkembang pesat apabila rakyatnya berusaha
mendalami mana-mana bahasa untuk menguasai ilmu pengetahuan.
"Kegemilangan Tamadun Islam sebelum ini
berpunca daripada sikap orang Arab yang memeluk Islam ketika itu berusaha
mendalami bahasa Greek yang dianggap sebagai bahasa ilmu dan mereka telah
menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.
"Keadaan itu telah menyebabkan bahasa Arab
dikenali sebagai bahasa ilmu sehingga menarik ramai orang Eropah mendalaminya
bagi menguasai ilmu yang ada," katanya ketika berucap merasmikan Seminar
Pendidikan Melayu Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di
sini hari ini.
Seminar tiga hari itu yang bermula hari ini
bertemakan Mentransformasi Aspirasi Pendidikan, Menginovasi Penciptaan
Warisan.
Justeru, Dr. Mahathir berkata, masyarakat yang
fanatik kepada bahasa sendiri akan menyebabkan mereka ketinggalan bukan hanya
dari segi pembangunan tetapi juga penguasaan ilmu pengetahuan.
Malah beliau menambah, sikap sedemikian juga akan
menyebabkan bahasa tersebut sukar untuk berkembang dan dikuasai oleh bangsa
lain.
"Walaupun bahasa ilmu hari ini adalah bahasa
Inggeris tetapi tidak bermakna bahasa Melayu perlu kita pinggirkan, kita mesti
pupuk bahasa itu kerana mungkin satu masa nanti, ia akan menjadi bahasa
ilmu," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm#ixzz2EDAm0hbO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)